top of page
zoo.jpg
tmn boye.jpg
tempat menarik melaka3.JPG
menara taming sari.jpg
Melaka Cruise.JPG
ho_01.2.jpg
15-memorial_kemerdekaan.jpg
16-menara_taming_sari.jpg
buaya.jpeg
cruisemelaka3.jpg
cruisemelaka4.jpg
download.jpg

TEMPAT MENARIK

​

Negeri Melaka dikenali sebagai 'MELAKA NEGERI BERSEJARAH' atau 'NEGERI HANG TUAH'.Pada tahun 2008,Melaka telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage).Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC),Kuala Lumpur.Melaka juga telah dinyatakan sebagai 'Negeri Bandar Teknologi Hijau'.Negeri Melaka ini sememangnya sesuai untuk dijadikan tempat pelancongan kerana keunikan warisannya,tempatnya yang penuh bersejarah & sudah tentu makanan yang enak dan lazat untuk dinikmati.Di Melaka juga terdapat pelbagai tempat yang menarik untuk melancong.

 

Tarikan utama pelancong untuk melawat Melaka Tengah adalah tarikan seperti monumen bersejarah, kompleks membeli-belah, muzium dan juga elemen -elemen seperti kebudayaan dan warisan yang merupakan ‘Unique Selling Product’ bagi Negeri Melaka umumnya dan Bandar Melaka khasnya.

 

Kedudukan industri pelancongan yang semakin meningkat kepentingannya telah menjadikannya sebagai salah satu penyumbang utama kepada perkembangan ekonomi negeri Melaka. Selaras dengan moto "Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia", Kerajaan Negeri Melaka telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk menarik semakin ramai pelancong dari luar dan dalam negara untuk melawat negeri mempunyai banyak destinasi yang dianggap terindah di dunia kini.

bottom of page